Sunday, March 14, 2010

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pada 24 Februari 2010 hari yang paling menyedihkan buat Warga KEMAS Parlimen Kapar. Berita yang tidak pernah diduga oleh kami tetapi setiap yang hidup akan menemui ajal, itu adalah janji kita kepada yang Maha Esa. Tuan Haji Hassim b. Md. Wahidon telah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 9.00pagi hari Rabu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Beliau telah dimasukkan ke Wad 8C pada malam Isnin kerana demam dan pada siang hari Selasa telah dipindahkan ke Wad ICU kerana keadaannya kritikal.. Doktor mengesahkan bahawa beliau mendapat demam denggi berdarah. Doktor cuba untuk menyelamatkannya tetapi keadaannya sangat kritikal kerana virus telah menular keseluruh anggota terutama ke hati, paru-paru.. Air dan darah telah juga dimasukkan tetapi tidak juga dapat membantu keadaan. Allah lebih menyayangi beliau..

Semasa hayatnya beliau adalah seorang yang senang dibawa berbincang, bertolak ansur dan memahami segala permasaalahan di kawasan di bawah jagaannya. Kami tersama sangat akan kehilangannya. Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian dan redha akan permergiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan dengan orang-orang yang beriman dan beramal solleh...Amin Ya Robbil'amin....

Tuan Hj. Hassim Dalam Kenangan