Saturday, January 9, 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010

4 Januari 2010 adalah hari yang bermakna kepada kanak-kanak 5 dan 6 tahun kerana pada tarikh tersebut adalah tarikh yang mereka nantikan untuk memulakan alam pra sekolah. Sebagaimana di seluruh Malaysia semua Pra Sekolah KEMAS sibuk menerima kehadiran kanak-kanak dengan pelbagai garam, ada yang riang gembira, takut, berani dan ada yang menangis tidak mahu ditinggalkan oleh ibu bapa atau pengjaga mereka.

Di sinilah guru-guru atau Pemaju Masyarakat memainkan peranan atau menggunakan saikologi bagaimana untuk memujuk kanak-kanak tersebut untuk berasa gembira dan selamat apabila ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Guru-guru Tabika di DUN Selat Klang terlatih dan mereka semua berpengalaman dalam bidang pembelajaran pra sekolah. Bermacam-macam kursus untuk mengupgradekan pra sekolah KEMAS supaya lebih diyakini oleh masyarakat.

Untuk makluman semua, Pra Sekolah KEMAS telah menggunakan sistem pendidikan pra sekolah Kementerian Pelajaran mulai tahun 2010 ini. Sistem tersebut dipanggil KORIKULUM STANDARD PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Ini bermakna semua pra sekolah KEMAS, sekolah dan pra sekolah swasta menggunakan kaedah yang sama. Kerajaan mewujudkan satu sistem pra sekolah yang standard untuk digunakan supaya kanak-kanak mendapat pembelajaran yang sama tidak kira di mana mereka dihantar oleh ibu bapa atau pengjaga. Pada tahun 2010 ini kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang mana ia bertambah 1/2 jam waktu pembelajaran.

11 Pra Sekolah atau Tabika KEMAS di DUN Selat Klang

1. Tabika KEMAS Bustanul Audy Jalan Hassan Kg. Sg. Udang
Puan Norizah Kassim - Pengerusi En. Akmal Nor

2. Tabika KEMAS Bustanul Hudry Jalan Pengkalan Kg. Sg. Udang
Puan Rodiah Abd. Ghoni - Pengerusi En. Sukamto Parto

3. Tabika KEMAS Bustanul Hakim Sri Gadong
Puan Mariyam Abd. Rahman - Pengerusi En. Abd. Latif Hashim

4. Tabika KEMAS Bustanul Ah' Lami 1 Kg. Delek
Puan Siti Zawiyah Zainuddin - Pengerusi Tn Hj Md. Lani Ab. Wahid

5. Tabika KEMAS Bustanul Ah' lami 2 Kg. Delek
Puan Nur Hidayah Abd. Rahman - Pengerusi Tn. Hj. Md. Lani Ab. Wahid

6. Tabika KEMAS Bustanul Falah 1 Kg. Delek Baru
Puan Rozilawat Kassim - Pengerusi En. Abd. Rahman Abd. Hamid

7. Tabika KEMAS Bustanul Falh 2 Kg. Delek Baru
Puan Hairin Hani Hussin - Pengerusi En. Abd. Rahman Abd. Hamid

8. Tabika KEMAS Bustanul Irfan Kg. Sg. Sirih Tambahan
Puan Saimaton Sadiah Dasuki - Tengku Ismail

9. Tabika KEMAS Bustanul Hijrah 1 Sri Perantau
Puan Zarina Din - Pengerusi En. Zainol Abidin Abu Hassan

10. Tabika KEMAS Bustanul Hijrah 2 Sri Perantau
Puan Zarina Baba - Pengerusi En. Zainol Abidin Abu Hassan

11. Tabika KEMAS Bustanul Auladil Bahar Seri Cahaya
Puan Norbaini Suparman - Pengerusi En. Ri b. Abd. Hamid

6 kelas Bina Insan - Puan Ustazah Hjh Salasiah Shahlan

1. Dewan Orang Ramai Jalan Hasan - Puan Mariyam Ahmad

2. Balairaya Kg. Sg. Udang - Puan Ainon Jariah

3. Bilik Gerakan Kg. Sg. Sirih Tambahan - Puan Khadijah bt. Ibrahim

4. Surau Taman Sirih Kg. Sg. Sirih Tambahan - Puan Hjh Halimah Aziz

5. Surau Pangsapuri Seri Perantau Fasa 1 - Puan Hjh Siti Ajar Mansor

6. Surau Mithahul Jannah Seri Gadong - Puan Lijah bt. Yusof

3 kelas Pendidikan Kesejahteran Keluarga - Puan Zaleha bt. Harun

1. Dewan Orang Ramai Jalan Hasan

2. Balairaya Kg. Sg. Udang

3. Bilik Gerakan Kg. Sg. Sirih Tambahan


Thursday, January 7, 2010

PROGRAM MESRA RAKYAT

"Anak ku Permata Negara"

Majlis Program Mesra Rakyat KEMAS DUN Selat Klang diadakan pada 18 Disember 2009 sempena menyambut Maal Hijrah 1431. Program Mesra Rakyat yang julung kali diadakan oleh kesemua Tabika sebanyak 11 di DUN Selat Klang. Majlis diadakan di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kg. Delek Baru. Dirasmikan oleh Encik Faisal b. Yahya selaku Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Selat Klang. Turut hadir En. Nor Azam b. Mat Nor Pegawai KEMAS Daerah Klang dan Tuan Hj. Hassim b. Md. Wahidon Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Kapar.

Program ini adalah menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak Tabika yang akan melangkah ke tahun satu (1) 2010. Mereka adalah dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan seperti miskin, anak ibu tunggal susah dan anak-anak yatim. Sumbangan berbentuk sepasanang uniform, kasut dan stokin serta peralatan tulis. Seramai 22 orang kanak-kanak dari 11 buah Tabika menerima sumbangan. Insyaallah jika ada peruntukan pada masa-masa hadapan, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tabika akan mengadakannya lagi bagi kami mendekatkan KEMAS khasnya DUN Selat Klang dengan masyarakat.

Gambar-gambar Perasmian dan Penyampaian Sumbangan

di Rumah Kanak-Kanak Tabika








Tuesday, January 5, 2010

PROGRAM KONVOKESYEN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS DUN SELAT KLANG 2009

7 Disember 2009 hari yang paling bermakna kepada 325 kanak-kanak Tabika KEMAS DUN Selat Klang kerana pada hari tersebut adalah hari Konvokesyen iaitu tamatnya pembelajaran di peringkat pra-sekolah. Mereka diberi sijil dan anugerah kecemerlangan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hassan b Malik, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau telah bermurah hati memberikan sumbangan kepada majlis tersebut sebanyak RM16,000.00 untuk kos program tersebut.

Majlis Konvokesyen tersebut diadakan di perkarangan Pangsapuri Seri Perantau. Jamuan rakyat diadakan secara gotong royong yangmana En. Abu Bakar Yahya, Ketua UMNO Cawangan Sg. Sireh Tambahan bermurah hati menyumbangkan seekor lembu. Ramai lagi pemimpin dan orang perseorangan yang bermurah hati memberi sumbangan.




YB. Timbalan Menteri bergambar dengan
Kanak-Kanak Cemerlang dan Jawatankuasa.













YB. Timbalan sedang berucap seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemeralang Kanak-Kanak Tabika DUN Selat Klang.












Penyerahan Mob Cek bernilai RM16,000.00 kepada Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS DUN Selat Klang









En. Sharulnizam Pengarah KEMAS Selangor bersama Timbalan Menteri dan En. Nor Azam Pegawai KEMAS Daerah Klang

Sunday, January 3, 2010

JAWATANKUASA AKTIVITI KEMAS SELAT KLANG


Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Selat Klang diwujudkan sejak dari tahun 1996. Keanggotaan ahli jawatankuasa terdiri daripada masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak dengan aktiviti KEMAS dalam DUN Selat Klang. Jawatankuasa ini adalah yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti seperti Tabika, Bina Insan dan Pendidikan Masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS DUN Selat Klang yang pertama ialah Tuan Hj. Md. Lani b. Ab. Wahid telah menyandang jawatan pengerusi dari tahun 1996 sehingga tahun 2004. Setelah itu beliau mengundurkan diri dan digantikan dengan En. Zainol Abidin b. Abu Hassan. Jawatankuasa ini dipilih setiap 2 tahun sekali.
Keanggotaan jawatankuasa aktiviti ini terdiri daripada pengerusi-pengerusi dan ahli jawatankuasa Tabika serta Bina Insan dan Pendidikan Masyarakat.

Senarai Jawatankuasa Aktiviti KEMAS DUN Selat Klang.

Pengerusi : En. Zainol Abidin b. Abu Hassan

Timbalan : En. Abd. Latiff b. Hashim

Setiausaha : En. Ayob b. Yamin

Pen. Setiausaha: Puan Siti Zawiyah bt. Zainuddin

Bendahari : Puan Saimaton Sadiah bt. Dasuki

Ahli Jawatankuasa :

Tengku Ismail b. Tengku Chik

En. Ri b. Abd. Hamid

En. Sukamto Parto

En. Akmal Nor

En. Abd. Rahman Abd. Hamid

En. Abdullah Talib

Puan Nilam

Puan Ainon Jariah

dan semua Pemaju Masyarakat