7 Disember 2009 hari yang paling bermakna kepada 325 kanak-kanak Tabika KEMAS DUN Selat Klang kerana pada hari tersebut adalah hari Konvokesyen iaitu tamatnya pembelajaran di peringkat pra-sekolah. Mereka diberi sijil dan anugerah kecemerlangan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hassan b Malik, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau telah bermurah hati memberikan sumbangan kepada majlis tersebut sebanyak RM16,000.00 untuk kos program tersebut.
Majlis Konvokesyen tersebut diadakan di perkarangan Pangsapuri Seri Perantau. Jamuan rakyat diadakan secara gotong royong yangmana En. Abu Bakar Yahya, Ketua UMNO Cawangan Sg. Sireh Tambahan bermurah hati menyumbangkan seekor lembu. Ramai lagi pemimpin dan orang perseorangan yang bermurah hati memberi sumbangan.

YB. Timbalan Menteri bergambar dengan
Kanak-Kanak Cemerlang dan Jawatankuasa.

YB. Timbalan sedang berucap seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemeralang Kanak-Kanak Tabika DUN Selat Klang.

Penyerahan Mob Cek bernilai RM16,000.00 kepada Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS DUN Selat Klang

En. Sharulnizam Pengarah KEMAS Selangor bersama Timbalan Menteri dan En. Nor Azam Pegawai KEMAS Daerah Klang
No comments:
Post a Comment