"Anak ku Permata Negara"
Majlis Program Mesra Rakyat KEMAS DUN Selat Klang diadakan pada 18 Disember 2009 sempena menyambut Maal Hijrah 1431. Program Mesra Rakyat yang julung kali diadakan oleh kesemua Tabika sebanyak 11 di DUN Selat Klang. Majlis diadakan di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kg. Delek Baru. Dirasmikan oleh Encik Faisal b. Yahya selaku Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Selat Klang. Turut hadir En. Nor Azam b. Mat Nor Pegawai KEMAS Daerah Klang dan Tuan Hj. Hassim b. Md. Wahidon Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Kapar.
Program ini adalah menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak Tabika yang akan melangkah ke tahun satu (1) 2010. Mereka adalah dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan seperti miskin, anak ibu tunggal susah dan anak-anak yatim. Sumbangan berbentuk sepasanang uniform, kasut dan stokin serta peralatan tulis. Seramai 22 orang kanak-kanak dari 11 buah Tabika menerima sumbangan. Insyaallah jika ada peruntukan pada masa-masa hadapan, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tabika akan mengadakannya lagi bagi kami mendekatkan KEMAS khasnya DUN Selat Klang dengan masyarakat.
Gambar-gambar Perasmian dan Penyampaian Sumbangan
di Rumah Kanak-Kanak Tabika





No comments:
Post a Comment